My Add

Monday 22 July 2013

Wanita mengandung, suami nyaris maut terjatuh dalam gaung

Oleh AZRAI MOHAMMAD

KUALA LUMPUR, AHAD, 22 Julai, 2013: Seorang wanita mengandung lapan bulan nyaris maut apabila motosikal yang dinaiki bersama suaminya terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 20 meter di Kampung Sungai Pening, Semenyih dekat sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.40 malam ketika pasangan suami isteri itu, Samsul Ahmad, 31 dan Norainul Mohd. Nasir, 38, melalui kawasan tersebut yang merupakan bekas tanah runtuh dan laluannya telah terputus dengan jarak sejauh 300 meter.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, orang awam yang kebetulan melalui kawasan tersebut terlihat pasangan berkenaan segera memanggil Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi menyelamatkan mangsa.

"Penunggang motosikal itu hanya mengalami cedera ringan sementara isterinya yang sedang sarat mengandung telah patah kaki kanan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Ab. Rashid, laluan itu yang menghubungkan Ampang dan Semenyih sering digunakan penduduk setempat walaupun telah ditutup kepada orang ramai oleh Jabatan Kerja Raya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd. Sani Harul berkata, seorang pegawai bersama lima anggota dari Jabatan Bomba dan

Penyelamat Kajang dan Semenyih telah dikejarkan ke tempat kejadian pada pukul 8.55 malam.

"Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa pada kira-kira 10.20 malam dan mangsa telah dihantar ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan," ujarnya.- UTUSAN 

No comments:

Post a Comment