My Add

Wednesday 17 July 2013

Yuktes dedah taktik kotor Anwar alih isu liwat

Oleh NORAZRIN MARZUKI

KUALA LUMPUR, RABU, 17 Julai, 2013: Bekas pembantu peguambela utama Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan polis mendesak siasatan dijalankan ke atas pemimpin pembangkang itu berhubung taktik kotor beliau supaya perbicaraan pertuduhan liwat yang melibatkan dirinya ditunda.

Laporan polis itu dibuat oleh Yuktes Vijay yang merupakan bekas pembantu Sankara Nair pada pukul 11 pagi di Balai Polis Travers di sini.

Yuktes mendakwa, selama Anwar terlibat dalam beberapa perbicaraan kes yang membabitkan dirinya, beliau telah menggunakan sijil cuti sakit palsu semata-mata untuk memastikan perbicaraan tersebut ditunda.

"Bukan sahaja kes liwat malah perbicaraan kerana terlibat mencetuskan huru-hara dalam perhimpunan haram juga beliau turut menggunakan taktik kotor tersebut," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis.

Yuktes sebelum ini pernah menulis dua surat terbuka kepada Anwar yang turut disiarkan beberapa akhbar tempatan dan blog berhubung kes liwat membabitkan bekas pembantu peribadi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, iaitu Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Surat tersebut antara lain mengandungi kisah dalaman yang tidak diketahui di sebalik kes liwat tersebut. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment