My Add

Wednesday 16 April 2014

Detik hitam sukan bola sepak Perak - Pafa

IPOH, RABU, 16 April, 2014: Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) menyifatkan kekecohan yang dicetuskan oleh penyokong selepas perlawanan Liga Super antara pasukan tuan rumah dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak malam tadi sebagai sejarah hitam dalam sukan bola sepak negeri ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin meminta maaf kepada para penyokong JDT ekoran insiden tersebut.

Kekecohan tercetus di tempat duduk penonton selepas perlawanan tamat kira-kira pukul 10.45 malam tadi, sehinggakan penyokong JDT terpaksa melarikan ke padang menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, tindakan pantas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan anggota polis berjaya menghalang kejadian lebih buruk.

Setakat ini lapan penyokong Perak ditahan polis kerana membaling objek, membakar suar dan mercun serta mencetuskan kekecohan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment