My Add

Wednesday 16 April 2014

Obama dijangka guna lawatan tingkatkan hubungan Malaysia, ASEAN

 NEW YORK, RABU, 16 April, 2014: Lawatan Presiden Amerika, Barack Obama ke Asia termasuk Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Filipina akhir bulan ini dijangka memberi fokus terhadap beberapa isu dua hala dan serantau.

Ketua Penolong Setiausaha Negara Amerika bagi Asia Pasifik di Jabatan Negara, Scot Marciel berkata, isu yang mungkin dibincangkan antara Obama dan pihak Malaysia termasuk hubungan perniagaan, Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan perdagangan dua hala.

Bekas duta besar Amerika di Indonesia itu menyatakan demikian kepada pemberita mengenai lawatan Obama ke Malaysia yang dinanti-nantikan sejak sekian lama pada satu persidangan di sini.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Obama ke Malaysia selepas kunjungan

bekas Presiden, Lyndon Johnson pada 1966.

Pada persidangan itu, Marciel memberi gambaran menyeluruh tentang keadaan di Asia Tenggara dan turut memperkatakan tentang peluang serta cabaran yang wujud di rantau ASEAN. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment