My Add

Friday 25 April 2014

Dua penceramah adik-beradik terkenal meriahkan program Rileks Santai

PUTRAJAYA, JUMAAT, 2014: 25 April - Gabungan dua penceramah agama adik-beradik terkenal tanah air, Ustaz Kazim Elias dan Kapten (B) Datuk Mohd. Najmuddin Elias al- Hafiz akan memeriahkan sambutan Fiesta Riuh Sakan Utusan Malaysia dan Kosmo! pada malam ini dengan program ceramah agama berbentuk santai di Monumen Alaf Baru, Presint2 di sini.

Kazim dengan abangnya akan berganding bahu buat pertama kali bagi mengisi slot Rileks Santai selepas majlis perasmian fiesta itu pada pukul 8 malam ini.

Orang ramai yang berkelapangan dijemput menghadiri program tersebut yang pertama kali diadakan di Putrajaya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment