My Add

Thursday, 3 April 2014

Guan Eng pertahan keputusan naik tarif air

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL

PULAU PINANG, KHAMIS, 03 April, 2014: Ketua Menteri, Lim Guan Eng mempertahankan keputusan Kerajaan DAP Negeri menaikkan tarif air tidak lama lagi sebagai antara langkah mengelak krisis sumber itu pada masa depan.

“Kita sedia terima kritikan daripada keputusan ini kerana ini bukan soal politik tetapi langkah yang perlu diambil kerajaan negeri bagi mengelak krisis air yang lebih buruk," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, beliau mengumumkan kadar tarif air negeri ini akan dinaikkan pada masa depan selepas mengambil kira permintaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk berbuat demikian.

Guan Eng dalam keputusan itu turut menyalahkan penduduk negeri ini kononnya tidak bijak menguruskan penggunaan air sehingga menyebabkan negeri ini menjadi negeri tertinggi penggunaan air dalam kalangan penduduk. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment