My Add

Monday 26 May 2014

10 maut dalam letupan bom kereta di Syria

HOMS, ISNIN 26 Mei, 2014: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam letupan bom kereta semalam yang menyasarkan kawasan penyokong Presiden Syria, Bashar al-Assad, di sini.

"Seramai 10 orang maut dan 22 orang lagi cedera dalam serangan bom kereta di sebuah perhentian teksi di Zahraa," menurut gabenor wilayah, Talal al-Barazi, manakala Pemerhati Hak Asasi Syria melaporkan seramai 12 orang terbunuh.

Sementara itu, bom kedua meletup di daerah berlainan dan mencederakan tiga orang, namun tiada mangsa terbunuh, kata Talal. - AFP/UTUYSAN

No comments:

Post a Comment