My Add

Monday 26 May 2014

Pakistan bebaskan 151 tahanan India

ISLAMABAD, ISNIN 25 Mei, 2014; Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif semalam mengarahkan pembebasan 151 tahanan penjara India berikutan lawatan bersejarah beliau ke New Delhi untuk menghadiri majlis angkat sumpah Narendra Modi sebagai Perdana Menteri India.

Tindakan Islamabad membebaskan tahanan penjara yang kebanyakannya nelayan yang didakwa memasuki kawasan perairan Pakistan secara haram itu disambut baik oleh India yang disifatkan sebagai langkah diplomatik sehari sebelum majlis berkenaan.

Jemputan Modi kepada Nawaz untuk menghadiri majlis angkat sumpah itu turut disifatkan sebagai kenyataan diplomatik berani dalam usaha mengendurkan hubungan tegang antara kedua-dua negara tersebut.

Kementerian Luar India menjelaskan, Pakistan telah memaklumkan niat membebaskan tahanan itu sebagai tanda muhibah sempena pelantikan jawatan Modi. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment