My Add

Monday 26 May 2014

Bajet 2015 dibentang 10 Oktober

Oleh THOMAS CHONG

PUTRAJAYA, ISNIN 26 Mei, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Bajet 2015 akan dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober ini.

Najib berkata, kerajaan akan berusaha memastikan ekonomi terus tumbuh sementara agenda reformasi fiskal tidak dipinggirkan.

"Kita jangkakan defisit fiskal akan menurun kepada 3.5 peratus tahun ini dan mencapai bajet yang seimbang pada 2020," katanya berucap dalam majlis konsultasi Bajet 2015 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment