My Add

Monday 26 May 2014

Sukar banteras aktiviti seleweng diesel di tengah laut

KUALA TERENGGANU 26 Mei - Operasi membanteras penyelewengan diesel bersubsidi di tengah laut bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan kerjasama semua pihak, kata Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur, Kapten Maritim Yusof Ali.

Beliau berkata, lazimnya aktiviti pemindahan diesel bersubsidi di tengah laut dilakukan pada waktu malam kepada bot-bot yang tidak berhak menerimanya.

"Biasanya nelayan tempatan yang menyalurkan maklumat kepada kami selepas mereka pulang. (Oleh itu) kami akan dapat maklumat lewat dan bila kami ke lokasi yang disebutkan, kapal dan bot yang melakukan aktiviti haram itu sudah tiada.

"Malah jika pihak kami yang melakukan rondaan dan menemui keadaan bot nelayan yang mencurigakan itu, sebelum kami rapat untuk menyiasat, mereka terlebih dahulu mengetahui kehadiran kami dan menjarakkan bot serta mencampakkan bahan bukti ke laut.

"Maka sudah pasti kami hadapi kesukaran penguatkuasaan kerana kami tidak ada bukti kukuh untuk menahan, menyiasat dan membawa kes itu ke mahkamah," katanya.

Yusof berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Latihan Mencari dan Menyelamat (Sarex) APMM kelapan bersama beberapa agensi di pejabat APMM di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment