My Add

Saturday, 3 May 2014

Kebebasan akhbar penting untuk masyarakat

KUALA LUMPUR, SABTU, 03 Mei, 2014: Hari Kebebasan Akhbar Sedunia adalah penting untuk masyarakat madani yang vibran dan sistem yang berfungsi dengan sempurna, kata Setiausaha Agung Lapan Negara Membangun (D8), Dr. Seyed Ali Mohammad Mousavi.

Beliau berkata, media menyumbang bahagian yang selari dan tidak boleh dipisahkan dalam setiap masyarakat bagi menghubungkan negara dan rakyat.

"Media terutama akhbar adalah penting dalam menegakkan amalan demokrasi dan urus tadbir yang baik menerusi ketelusan dalam kalangan institusi di dalam sebuah negara.

"Kebebasan media, oleh itu adalah penting bagi memastikan suara rakyat didengari," katanya dalam satu kenyataan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment