My Add

Monday 26 May 2014

Lima beradik terima bantuan kilat RM10,000

KUALA LUMPUR, AHAD 25 Mei, 2014: Kejadian tragis yang menimpa lima beradik selepas kemalangan yang melibatkan kedua ibu bapa mereka di ibu negara kelmarin mendapat perhatian Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) de­ngan pemberian sumbangan ki­lat sebanyak RM10,000.

Pengerusi yayasan itu, Datuk Syed Ali Alhabshee (gambar) berkata, pihaknya sedia memberikan apa jua bentuk bantuan terutamanya dalam memastikan masa hadapan ahli keluarga tersebut tidak terabai.

“Setakat ini, pihak kami te­lah memberi bantuan seba­nyak RM10,000 bagi membiayai ke­perluan asas dan juga yuran persekolah kelima-lima beradik tersebut.

“Dalam perbincangan yang diadakan bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, pelbagai lagi bantuan akan diberikan pada masa hadapan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam persekolahan," katanya ketika dihu­bungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Allahyarham Jefri Mohd. Za­in, 46, dan Noorsalawati Ibrahim, 40 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat akibat kemalangan langgar lari di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. Pasangan suami isteri itu meninggalkan empat lagi anak iaitu Mohd. Haikal, 16; Fatin Adlina, 14; Mohd. Aidil, 10, dan Norshamini, 4.

Syed Ali berkata, setiap bentuk bantuan akan disalurkan secara terus bagi mempermudahkan keluarga ini menjalani hidup dengan lebih sempurna. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment