My Add

Monday 26 May 2014

Lima beradik terima bantuan YKN

Oleh ASLIZA MUSA

TANJUNG MALIM, ISNIN 28 Mei, 2014: Nasib malang lima beradik yang menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka terkorban dalam nahas ngeri di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, Jumaat lalu terus mendapat perhatian pelbagai pihak.

Terbaharu, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) pula tampil menghulurkan sumbangan wang sebanyak RM5,000 kepada kanak-kanak berkenaan.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sumbangan tersebut merupakan usaha pihaknya dalam membantu meringankan penderitaan lima beradik itu selepas kehilangan tempat bergantung. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment