My Add

Monday 26 May 2014

TUDM perlu naik taraf radar berusia 15 tahun - Panglima

KUANTAN, ISNIN 26 Mei, 2014: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) perlu segera menaik taraf teknologi sistem radar pertahanan negara kerana usia beberapa radar utama sudah menjangkau sekitar 15 tahun.

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, perkara itu sudah dimaklum dan dibincangkan dengan kerajaan.

"Jika tiada apa-apa halangan TUDM akan menambah baik sistem radar yang ada dan berharap perkara itu dapat dipertimbangkan.

"Pihak TUDM turut mengkaji keperluan menaik taraf sistem pengesan ruang angkasa yang mana ia turut menjadi keutamaan selain sistem radar pertahanan negara," katanya pada sidang akhbar bersempena Hari Media Kementerian Pertahanan dan TUDM di Pangkalan Udara Kuantan hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment