My Add

Monday 26 May 2014

Jumlah aset pelaburan KWSP meningkat 11.27 peratus

KUALA LUMPUR , ISNIN26 Mei, 2014: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan carumanbersih daripada ahli dan majikan serta prestasi pelaburan yang menggalakkan telah meningkatkan jumlah aset pelaburannya kepada hampir RM600 bilion.

Setakat 31 Mac, 2014, aset pelaburan kumpulan wang persaraan itu berjumlah RM597.02 bilion, meningkat 11.27 peratus atau RM60.47 bilion daripada RM536.55 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2013.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, agensi kerajaan itu kekal fokus dalam objektifnya untuk menjana pulangan pelaburan stabil yang secara konsisten mengatasi kadar inflasi.

"Berdasarkan pertumbuhan pesat aset pelaburan KWSP, yang secara puratanya di antara 10 dan 11 peratus setiap tahun, kami akan terus mempelbagaikan aktiviti pelaburan jangka panjang kami dalam pelbagai pasaran dan sektor selaras dengan Alokasi Aset Strategik (SAA) KWSP," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment