My Add

Wednesday 14 December 2011

Kes Liong Sik: 27 Jan tarikh keputusan panggil bela diri

KUALA LUMPUR, RABU, 14 Disember, 2011: 
MAHKAMAH Tinggi di sini hari ini menetapkan 27 Januari depan sebagai tarikh keputusan kes Tun Dr Ling Liong Sik yang didakwa tipu kerajaan berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Pulau Indah, Klang. 

Liong Sik yang juga bekas Menteri Pengangkutan dituduh menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894, yang berasaskan RM25 sekaki persegi (30.48 sentimeter) iaitu RM1,088,456,000, sedangkan dia tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), sudah mengambil kira kadar kupon dan faedah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat Empat, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya dan didakwa mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment