My Add

Wednesday 21 December 2011

Jururawat, doktor, wartawan masih belum dapat mengundi awal

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Disember, 2011: Cadangan untuk memperluaskan kategori pemilih yang boleh mengundi awal kepada jururawat, doktor dan wartawan masih belum dapat dilaksanakan lagi buat masa ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, syor yang dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) itu memerlukan penelitian dan kajian terperinci daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan mengambil kira beberapa faktor.

"SPR perlu meneliti dan mengkaji kesan dan juga pelaksanaan syor ini dengan mengambil kira kemampuan SPR dari segi kekuatan dan faktor organisasi SPR yang sedia ada,” katanya ketika menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin di Dewan Negara di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment