My Add

Sunday 11 December 2011

Belia yakin kredibiliti UMNO

KUALA LUMPUR, AHAD, 11 Disember, 2011:
GOLONGAN muda semakin percaya dengan kredibiliti kerajaan ekoran pelbagai program yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu golongan belia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, bantuan seperti Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia memberi kelebihan kepada golongan muda untuk memiliki rumah di kawasan bandar.

“Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) juga memberi peluang kepada golongan muda mendapatkan kerja selain sebagai langkah meningkatkan lagi ekonomi negara,” katanya pada majlis konvokesyen Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics dekat sini semalam.

Menurut beliau, perkembangan itu berbeza berbanding senario pada 2008.

“Sokongan diberikan oleh golongan muda adalah bukti mereka mulai sedar kerajaan tidak pernah mengetepikan bantuan-bantuan untuk mereka,” ujarnya.

Katanya, usaha Perdana Menteri meluangkan masa bersama golongan muda juga secara tidak langsung menarik minat mereka kepada UMNO kerana ia menggambarkan beliau seorang pemimpin yang sangat dekat dengan rakyat.

“Kalau dahulu golongan muda suka tulis ABU (Aku Bukan UMNO), tetapi kini mereka sudah ubah maksud tersebut menjadi Aku Bersama UMNO,” katanya. - MM

No comments:

Post a Comment