My Add

Sunday 11 December 2011

Najib ‘role model’ terbaik

KUALA LUMPUR, AHAD, 11 Disember, 2011:
PERANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah ‘role model’ terbaik untuk generasi muda kerana kejayaan beliau mengatasi sepenuhnya jurang antara generasi dalam tempoh kurang dua tahun selepas mengambil alih tampuk pemerintah negara.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Najib seorang pemimpin yang tidak takut menongkah arus apabila tampil berani melaksanakan transformasi bagi mendekatkan dirinya dengan generasi muda.

“Penghayatan beliau terhadap aspirasi orang muda dengan mengaitkan masa depan negara adalah masa depan mereka, berjaya menarik sokongan generasi muda terhadap kepimpinannya. Najib tidak takut kepada darah muda ketika ramai pemimpin lain gerun kepada semangat itu.

“Pendekatan yang dipelopori menerusi media sosial sehingga boleh mengajak generasi muda menonton bola sambil minum teh di rumahnya adalah satu sikap yang amat mempersonakan. Pendek kata Najib telah menjadi ‘role model’ kepada generasi muda,” katanya di sini semalam. MM

No comments:

Post a Comment