My Add

Sunday 11 December 2011

Beri peluang orang kerdil kerja

KUCHINGAHAD, 11 Disember, 2011:
PERTUBUHAM Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM) mahu syarikat korporat merasa yakin dengan golongan orang kerdil untuk memberi mereka peluang pekerjaan.

Presidennya, Jasmi Shafie berkata, golongan orang kerdil mendapat sokongan pekerjaan sepenuhnya dalam sektor awam namun masih kurang daripada sektor swasta.

"Golongan orang kerdil perlu diberi peluang dan kepercayaan untuk memikul kerja di sektor korporat. Kami tidak diterima kerana kurangnya keyakinan daripada majikan terhadap kami," katanya kepada pemberita pada majlis suai kenal anjuran PKOKM dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak di sini semalam.

Beliau berkata, daripada kira-kira 2,000 orang kerdil yang terdapat di negara ini hanya kira-kira 600 orang termasuk 30 dari Sarawak dan 15 dari Sabah yang berdaftar dengan PKOKM. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment