My Add

Thursday 15 December 2011

Piket AUKU: Kementerian tak akan ambil tindakan - Menteri

JOHOR BAHRU, KHAMIS, 15 Disember, 2011:
KEMENTERIAN Pengajian Tinggi tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap 15 penuntut universiti yang berpiket membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 di KL Sentral semalam.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bagaimanapun terserah kepada polis untuk menyiasat kes tersebut.

"Jika ikut AUKU terdahulu memang kita boleh ambil tindakan, namun kerana mengambil kira semangat AUKU baru yang akan dipinda Mac depan, kita tidak akan ambil apa-apa tindakan.

"Tetapi, ia bergantung kepada undang-undang dan terserah kepada polis sama ada untuk mengambil tindakan atau sebaliknya, kementerian tidak akan campur tangan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pengisytiharan Politeknik Ibrahim Sultan di Pasir Gudang hari ini.

Dalam kejadian itu, penuntut terbabit yang mendakwa anggota Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) ditahan setelah tidak mengendahkan amaran polis agar bersurai ketika berhimpun di KL Sentral, di ibu negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment