My Add

Sunday 25 December 2011

Bukan serbuan - NFC

KUALA LUMPUR, AHAD, 2 Disember, 2011: National Feedlot Corporation Sdn. Bhd., (NFC) menjelaskan bahawa kedatangan pegawai dan anggota penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke pejabatnya kelmarin bukanlah satu serbuan seperti yang dilaporkan beberapa akhbar hari ini.

Sebaliknya, kata NFC, pegawai SPRM datang untuk memeriksa pejabat itu sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan yang sedang dijalankan.

"Pihak pengurusan dan kakitangan NFC mengalu-alukan kedatangan pegawai SPRM dan telah memberi kerjasama yang sepenuhnya," kata jurucakap perbadanan itu ketika dihubungi semalam.

Beberapa akhbar hari ini melaporkan SPRM menyerbu pejabat NFC semalam dipercayai bagi membantu siasatan kes berkaitan syarikat tersebut.

Menurut jurucakap itu, NFC berpendapat bahawa kunjungan SPRM petang semalam bukanlah satu serbuan seperti yang dilaporkan beberapa akhbar.

Beliau juga berkata, adalah tidak wajar untuk memberi komen lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.

Sementara itu, Pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail menjelaskan bahawa seorang 'datuk' yang ditahan polis baru-baru ini, tidak ada kena mengena dengannya atau keluarga serta bukan kakitangan perbadanan tersebut. - MM

No comments:

Post a Comment