My Add

Wednesday 21 December 2011

Cadangan wujud semula bas mini dipertimbang - Jelaing

KUALA LUMPUR, RABU,  21 Disember, 2011: Kerajaan akan menimbangkan keperluan untuk mewujudkan semula perkhidmatan bas mini di ibu negara sekiranya ia mampu memberi keselesaan kepada warga kota terutamanya pengguna perkhidmatan awam, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Jelaing Mersat bagaimanapun berkata, cadangan itu tidak akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat kerana kerajaan sedang melaksanakan beberapa langkah untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam bandar sedia ada.

"Sistem (kerja menaik taraf) yang baru ini masih di peringkat pelaksanaan, malah kita sedang menunggu lagi beberapa tren baru dari luar negara namun jika ada keperluan terhadap mengembalikan perkhidmatan bas mini supaya keadaan bandar lebih selesa, kementerian akan buat pertimbangan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mustafa Kamal Mohd. Yusoff. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment