My Add

Wednesday 21 December 2011

Pindaan RUU Keganasan Rumahtangga diluluskan

KUALA LUMPUR , RABU, 21 Disember, 2011: Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2011 yang bukan saja melindungi mangsa daripada aspek penderaan fizikal tetapi juga emosi, mental dan psikologi.

Rang undang-undang itu juga terpakai kepada lelaki dan wanita, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, di sini.

Katanya, pindaan rang undang-undang itu antara lain akan membenarkan mahkamah mengeluarkan perintah untuk menghalang pihak ketiga daripada melakukan keganasan terhadap mangsa dan memudahkan urusan mendapatkan Perintah Perlindungan.

Beliau berkata, sebanyak 7,246 kes keganasan rumah tangga telah dirujuk ke Bahagian Kaunseling dan Psikologi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak bahagian itu diperkenalkan pada 2002. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment