My Add

Wednesday 21 December 2011

Novel ‘Konserto Terakhir’ ganti ‘Interlok’ sebagai teks Komsas

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Disember, 2011: Novel “Konserto Terakhir” karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain akan menggantikan novel “Interlok” sebagai teks Komponen Sastera (Komsas) bagi pelajar Tingkatan 5 mulai tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, penggantian teks Komsas bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia itu melibatkan pelajar bagi Zon Dua meliputi Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor.

"Novel Konserto Terakhir telah melalui proses penyaringan dan pemilihan yang ditetapkan, dan sesuai digunakan sebagai teks Komsas berdasarkan nilai-nilai dan mutu karya yang dihasilkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment