My Add

Wednesday 21 December 2011

Chong Wei masih harap bimbingan Misbun Sidek

SHAH ALAM, RABU, 21 Disember, 2011: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mengakui masih mengharapkan bimbingan bekas jurulatih Datuk Misbun Sidek dalam menempuhi saat getir lapan bulan menjelang temasya Olimpik London.

"Kalau saya nak pun, saya tak boleh buat keputusan. Saya terikat dengan BAM (Persatuan Badminton Malaysia). BAM ada pengurus, yang buat keputusan. Saya ikut saja,” katanya menjawab soalan media selepas majlis pelantikan beliau sebagai duta jenama ”Cafe 99 Ipoh White Coffee” di sini hari ini.

Misbun meletakkan jawatan sebagai jurulatih kebangsaan hujung tahun lepas setelah lapan tahun berkhidmat dengan BAM dan Chong Wei kini di bawah jurulatih Tey Siu Bock dengan dibantu Rashid Sidek dan Hendrawan.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu berkata, tempoh persediaan lapan bulan sebelum Olimpik London pada Julai depan sangat penting, dan beliau mengalu-alukan sebarang bantuan daripada sesiapa saja. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment