My Add

Monday 19 December 2011

‘Dampingi bahasa orang muda’

KUALA LUMPUR, ISNIN, 19 Disember, 2011: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak khususnya pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya mendekati golongan muda dan berkomunikasi bersama mereka menggunakan ‘bahasa’ teknologi.

Perdana Menteri berkata, jika pemimpin BN tidak mendekati golongan muda dengan ‘bahasa mereka’ iaitu melalui media sosial, dibimbangi ruang itu akan diisi pihak tidak bertanggungjawab bagi menyebar maklumat palsu dan berunsur fitnah.

Tegas beliau, langkah itu penting kerana golongan muda tidak lagi terikat dengan maklumat daripada media rasmi, sebaliknya mereka lebih mempercayai media sosial walaupun ada kalanya faktanya tidak benar.

“Bila nak komunikasi dengan generasi muda kita kena cakap ikut ‘bahasa mereka’ kerana kalau tidak, mereka tak dengar. Bahasa golongan muda ini tidak lain tak bukan ialah bahasa teknologi. Mana-mana yang mengabaikan teknologi, dia ketinggalan.

“Kita mungkin tidak faham kehendak mereka tetapi kita kena rapat dan berkomunikasi dengan mereka agar vakum (ruang) itu dipenuhi dengan fakta yang tepat,” katanya semasa berucap merasmikan pelancaran televisyen Internet dan mobil, 1Malaysia TV, di sini semalam.

No comments:

Post a Comment