My Add

Monday 19 December 2011

RM1j untuk penerbit muda

KUALA LUMPUR, ISNIN, 19 Disember, 2011: Rakyat Malaysia berumur 18 hingga 25 tahun yang berbakat dalam pengarahan filem dijemput menghantar hasil kreativiti masing-masing ke program realiti televisyen terbaharu, 1Impian.

Program itu akan disiarkan menerusi televisyen Internet pertama negara, 1Malaysia TV bermula semalam.

Program tersebut yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM1 juta dan peluang untuk menghasilkan filem berskala besar kepada pemenangnya itu memberi kebebasan kepada peserta untuk menghantar sebarang bentuk video asalkan ia tidak melanggar undang-undang, keharmonian, perpaduan dan tatasusila masyarakat negara ini.

Penerbit program, Ahmad Idham berkata, daripada semua video yang dihantar kepada pihaknya, hanya 50 video yang akan dipilih.

“Pengarahnya akan menjadi peserta 1Impian dan diberi peluang menghasilkan filem sendiri seperti seorang pengarah filem profesional.

“1Impian akan merealisasikan impian salah seorang peserta dengan bimbingan daripada saya termasuk bidang penerbitan filem, dari titik mula pembangunan idea sehingga selesai penggambaran,’’ katanya pada majlis pelancaran 1Malaysia TV yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini semalam.

No comments:

Post a Comment