My Add

Thursday 15 December 2011

Ekonomi bebas, adil untungkan semua kaum

NAJIB bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Makan Malam Perpaduan Agama Tao Selangor, di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang, malam tadi.
NAJIB bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Makan Malam Perpaduan Agama Tao Selangor, di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang, malam tadi.
Negara aman, stabil pacu kemakmuran perniagaan

KLANG, KHAMIS, 15 Disember, 2011:
USAHAWAN di negara ini dapat meraih kejayaan dalam perniagaan berikutan pelaksanaan dasar ekonomi yang bebas dan adil oleh kerajaan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, semua kaum berpeluang menikmati keuntungan termasuk peniaga Cina yang sudah terbukti sebagai usahawan mahir di bandar besar mahu pun kecil, lapor Syuhada Choo Abdullah

Kejayaan dikecapi negara berikutan rakyat memilih kerajaan berpengalaman yang sudah teruji dan memiliki rekod yang membuktikan kemampuan mentadbir negara negara baik. - Najib Razak, Perdana MenteriMalah, beliau berkata, keberkesanan pentadbiran kerajaan berjaya menyediakan persekitaran negara aman dan stabil sejak kemerdekaan membantu memacu kemak-muran perniagaan.

“Kerajaan sudah melakukan banyak perkara untuk menjamin Malaysia boleh dipacu sebagai negara maju berpendapatan tinggi. Jika pentadbiran kita bertambah baik, mereka yang pandai berniaga akan mendapat lebih banyak keuntungan kerana kita mengurangkan kerenah birokrasi.

“Kita berlaku adil kepada semua kaum. Di negara kita, masyarakat Cina tidak pernah disekat dari segi peluang perniagaan. Kita pergi sajalah ke mana-mana bandar besar atau kecil, sebahagian besar perniagaan dikuasai kaum Cina.

“Mereka berjaya kerana kita (kerajaan) mengamalkan dasar ekonomi bebas. Kita menjamin keamanan dan kestabilan dalam negara. Orang Cina boleh maju kerana dasar kita dan ada juga mendapat pertolongan, tiada siapa pun orang Cina yang kaya di negara ini boleh kata dia kaya tanpa pertolongan daripada kerajaan. 
“Sedikit sebanyak dia dapat... pertukaran tanah, lesen bank, lesen beras, lesen gula serta pelbagai lagi, kita beri kepada orang Cina juga,” katanya pada Majlis Jamuan Makan Malam Perpaduan Agama Tao Selangor di Pandamaran di sini, malam tadi.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Presiden Persekutuan Pertubuhan Agama Tao Malaysia, Tan Hoe Chieow. Kira-kira 15,000 penganut agama Tao menghadiri majlis makan malam itu, yang disifatkan Najib sebagai jumlah luar biasa.

Seterusnya, Najib berkata, kejayaan dikecapi negara adalah berikutan rakyat memilih kerajaan berpengalaman yang sudah teruji dan memiliki rekod yang membuktikan kemampuan mentadbir negara negara baik.

Beliau berkata, ekonomi Malaysia terus berkembang dengan baik dan menikmati pembangunan yang membantu serta memanfaatkan keseluruhan rakyat, ketika ada negara lain gagal menguruskan ekonomi mereka dengan baik, malah ekonomi Amerika Syarikat hanya berkembang 1.5 peratus.

Najib turut menekankan pentingnya amalan nilai kesamaan dengan bertolak ansur dan menghormati di kalangan masyarakat majmuk yang menjadi asas utama terus mengekalkan keamanan negara.

“Jika kita tidak sanggup bertolak ansur dan hendak semua yang dituntut, maka pasti kita akan berbalah atau bergaduh antara satu sama lain.

“Memang kita ada perbezaan dari segi kepercayaan, tetapi kebanyakan nilainya bersandar kepada nilai sejagat seperti bersopan, menghormati orang tua, amanah, rajin bekerja. Kita ada titik persamaan sesama kita,” katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, kadar pinjaman mikro kredit kini dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000 bagi setiap pemohon yang berjaya. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment