My Add

Monday 12 December 2011

Hasan Ali mangsa sikap pengecut pemimpin Pas - Puad

PITAS, ISNIN, 12 Disember, 2011:SIKAP pemimpin Pas yang 'pengecut' menyebabkan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali digugurkan daripada menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, parti pembangkang itu kini dilihat semakin lemah dan hanya dikongkong oleh DAP.

"Sebab itulah kalau dalam konteks kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar pun tidak ada kuasa kerana yang berkuasa ialah exco-exco dari DAP.

"Saya lihat Hasan menjadi mangsa kepada sikap pemimpin Pas yang pengecut dengan DAP yang sekarang ini pula mencabar Pas dan PKR dengan akan meletakkan calon-calon Melayu di kawasan majoriti Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas 2 di sini, semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Bolkiah Ismail; Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu, Datuk Wetrom Bahanda; Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Maimunah Suhaibul dan Pengetua SMK Pitas 2, Abdul Hamid Ahmad.

Semalam menurut sumber, Hasan yang juga ADUN Gombak Setia telah 'disingkirkan' oleh Pas Selangor dan pada masa sama Pas Pusat merestui pengguguran tersebut.

Malah berdasarkan laporan, Pas Pusat turut menggugurkan beberapa pemimpin Pas yang selama ini tidak disenangi oleh kumpulan pro Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.

Dalam pada itu Mohd. Puad berkata, tindakan DAP untuk meletakkan calonnya sendiri di kawasan majoriti Melayu menunjukkan parti itu jelas sekali tidak mempunyai kepercayaan kepada Pas dan PKR.

Justeru beliau turut mengingatkan kepada Pas dan PKR supaya tidak terus terperangkap dengan DAP yang mempunyai perancangan yang halus.

"Saya agak terkejut apabila Khalid Samad (Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor), orang yang selama ini paling kuat mempertahankan DAP mempersoalkan tindakan DAP itu.

"Apakah sekarang baru dia sedar setelah rasa tercabar dengan kenyataan pemimpin DAP, barulah dia hendak membantah," ujarnya. - UM

No comments:

Post a Comment