My Add

Wednesday 21 December 2011

Isu NFC akan dijelaskan bila tiba masanya: Najib

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Disember, 2011: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau akan menjelaskan mengenai isu berhubung Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) apabila tiba masanya.

Perdana Menteri berkata, beliau belum menerima surat peletakan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Pelan Sektor Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM), di sini, sebentar tadi.
Beliau ditanya sama ada sudah menerima surat peletakan jawatan daripada Shahrizat yang dikaitkan dengan projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan itu.

"Tidak ada... (surat peletakan jawatan daripada Shahrizat). Isu mengenai NFC akan saya jawab bila tiba masanya," katanya.

No comments:

Post a Comment