My Add

Sunday 4 December 2011

Jangan perjudi mada depan negara -NCCIM

JOHOR BAHARU, AHAD, 04 Disember, 2011:
PARA pengundi diminta supaya tidak memperjudikan masa depan ekonomi negara dengan memilih parti pembangkang yang tidak pernah teruji kemampuannya untuk memegang tampuk pemerintahan, kata Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM).

Setiausaha agungnya, Datuk Syed Hussien Al-Habshee berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) berjaya membuktikan kemampuannya di dalam merangka pelbagai dasar ekonomi dan perniagaan yang baik kepada Malaysia dan rakyat.

"Pembangkang sehingga kini gagal membuktikan kepada rakyat bahawa mereka mempunyai dasar-dasar ekonomi yang berkesan untuk memajukan negara, berlainan dengan kerajaan di bawah BN yang telah terbukti kemampuannya,” katanya kepada Bernama hari ini.

No comments:

Post a Comment