My Add

Sunday 18 December 2011

Jualan kraf tangan disasar RM1b

 
MAGLLIN Dennis D' Cruz (kiri) dan Sohaimi Shahadan tertarik melihat angklung buatan Tumian Muridan di Plaza Angsana, Johor Bahru, kelmarin.



JOHOR BAHRU 18 Disember, 2011: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia menyasarkan hasil jualan produk kraf tangan sebanyak RM1 bilion menjelang 2016.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, sasaran itu mampu dicapai jika hasil kraf tangan dieksport ke pasaran lebih luas seperti Eropah, Asia Barat dan China.

"Selain itu, jualan secara dalam talian juga penting untuk mencapai sasaran tersebut dengan cara yang sistematik dan kemas bergantung kepada kekuatan sesuatu barangan.

"Sebelum ini, produk kraf tangan hanya dipromosikan di luar negara melalui pameran dan kini kita mencari ejen rasmi yang boleh menjualnya di negara luar," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Promosi Kraf Malaysia Peringkat Zon Selatan di pekarangan Plaza Angsana di sini kelmarin.

Majlis tersebut dirasmikan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D'cruz.

Sohaimi turut meminta pengusaha produk kraf tangan supaya lebih kreatif dan tidak hanya mengharapkan bantuan kerajaan dalam memajukan produk masing-masing selain berharap semua pihak termasuk swasta mengutamakan kraf tangan tempatan berbanding produk luar. - MM

No comments:

Post a Comment