My Add

Monday 12 December 2011

Mat Sabu fail permohonan kebenaran semakan kehakiman

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 Disember, 2011: TIMBALAN Presiden Pas, Mohamad Sabu memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia berhubung pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 di Parlimen.

Saman pemula itu difailkan oleh Mohamad atau lebih dikenali sebagai ”Mat Sabu” dan dua yang lain iaitu Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md.

Ramli dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad di Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates pada 2 Disember lepas.

Mereka selaku pemohon menamakan Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Hakim Datuk Rohana Yusuf kemudiannya menetapkan Khamis ini untuk mendengar permohonan itu selepas menemui Peguam Kanan Persekutuan, Muzila Mohamed Arsad yang mewakili responden dan peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili pemohon di kamar hari ini.

Dalam saman pemula itu, ketiga-tiga mereka memohon perintah deklarasi bahawa responden telah bertindak melebihi kuasa dan menyalahgunakan kuasa apabila memperkenalkan dan membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen bagi tujuan menjadikannya sebagai undang-undang/Akta yang boleh dikuatkuasakan, meskipun ia mengandungi peruntukan-peruntukan yang bercanggah dengan Perkara 10 (1)(b)dan 10 (2)(b) Perlembagaan Persekutuan. – Bernama

No comments:

Post a Comment