My Add

Tuesday 13 December 2011

PR1MA: PM mahu pemaju hartanah tidak kaut keuntungan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan orang ramai ketika hadir melancarkan Projek Perumahan Mampu Milik Berkualiti Sime Darby, di Bandar Ainsdale, Labu, Negeri Sembilan, hari ini. - Foto BERNAMA
SEREMBAN, SELASA, 13 Disember, 2011:
DATUK Seri Najib Tun Razak mahu pemaju hartanah yang mahu membina rumah mampu milik di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) agar mengamalkan model perniagaan sosial yang tidak bertujuan mengaut keuntungan semata-mata.

Sebaliknya, Perdana Menteri mahu pemaju mengambil kira kepentingan rakyat dengan menawarkan rumah mampu milik yang berkualiti pada harga yang rendah terutama kepada pembeli yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Saya beritahu kepada badan-badan korporat, sudah dapat keuntungan carilah keuntungan dari bidang yang lain, tapi dalam projek rumah mampu milik yang berkualiti ini janganlah ambil untung dan janganlah pula kita rugi.

Berucap pada perasmian majlis pecah tanah Projek Rumah Mampu Milik Sime Darby di Bandar Ainsdale, Labu, dekat sini hari ini, Najib berkata, kerajaan juga sedang mengenal pasti bentuk bantuan yang dapat disalurkan kepada pemaju agar mereka dapat menyediakan lebih banyak rumah-rumah mampu milik di bawah program PR1MA ini.

Katanya, ini termasuk menyediakan dana pemudahan seperti kemudahan kos prasarana yang mana dapat membantu pemaju mengurangkan harga rumah yang ditawarkan.

"Dengan cara seperti ini, kita mahu banyakkan lagi rumah-rumah seperti ini dan kita mahu beri peluang kepada rakyat untuk memiliki rumah-rumah ini,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment