My Add

Monday 5 December 2011

Kilang Lynas selamat tapi dijadikan isu politik sempit

KUANTAN, ISNIN, 05 Disember, 2011:
MENTERI Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, soal kesihatan dan keselamatan menjadi keutamaan kerajaan sebelum lesen praoperasi dikeluarkan kepada syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd bagi membolehkan kilang memproses nadir bumi dibina di kawasan Perindustrian Gebeng di sini.

Beliau berkata, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) serta pakar-pakar luar negara telah mengesahkan bahawa pembinaan kilang itu selamat, tetapi masih diputarbelitkan fakta oleh pihak tertentu yang kononnya kilang berkenaan akan memudaratkan rakyat.

"Pihak tertentu telah mempolitikkan isu pembinaan kilang berkenaan demi politik sempit mereka,” katanya ketika membentangkan Bajet 2012 kerajaan Pahang pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Adnan berkata, kerajaan telah mengeluarkan garis panduan sebelum ini bahawa Lynas Malaysia Sdn Bhd perlu mematuhi sepenuhnya syarat yang ditetapkan bagi kilang itu.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah bertindak atau membuat sebarang keputusan yang boleh memudaratkan rakyat. – Bernama

No comments:

Post a Comment