My Add

Saturday 10 December 2011

Penumpang bertambah 15 peratus sempena LIMA 2011

LANGKAWI, SABTU, 10 Disember, 2011:
LAPANGAN Terbang Antarabangsa Langkawi menerima penambahan penumpang 15 peratus sepanjang Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA 2011) selama lima hari bermula Selasa lalu dan berakhir hari ini. 

Pengurusnya, Abdul Halim Othman, berkata penambahan itu kebanyakan daripada pempamer LIMA 2011 dan pelancong.

"Sebanyak 24 penerbangan berjadual diadakan ke Langkawi setiap hari oleh beberapa syarikat penerbangan," katanya kepada BERNAMA hari ini.
Beliau berkata, walaupun tiada tambahan penerbangan, syarikat penerbangan menggunakan pesawat lebih besar bagi menampung permintaan. 

"Pada masa ini Malaysia Airlines (MAS), Air Asia, Firefly, Berjaya Air dan Silk Air Singapura mengadakan penerbangan setiap hari ke pulau bebas cukai itu," katanya 

Lapangan terbang itu mensasarkan 1.4 juta penumpang tahun ini berbanding 1.3 juta tahun lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment