My Add

Thursday 15 December 2011

Majlis fatwa berhak tentukan ajaran itu sesat atau tidak

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 Disember, 2011:
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan berhak menentukan sama ada sesuatu ajaran atau fahaman yang dibawa oleh kumpulan tertentu sebagai sesat atau menyeleweng.

Bagaimanapun beliau berkata, penentuan mengenai perkara itu perlu melalui proses penelitian yang dilaksanakan di peringkat jawatankuasa fatwa negeri-negeri sebelum dibawa kepada muzakarah fatwa kebangsaan.

"Oleh kerana menghubungkaitkan ajaran dan pegangan menjadi sesat bukan perkara enteng dan dianggap akademik biasa tetapi memerlukan penelitian agama mendalam, kerajaan menggunakan mekanisme paling tinggi iaitu menggunakan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan,” katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini sebagai menjawab soalan Dr. Johari Mat yang ingin tahu siapa bertanggungjawab menentukan sesuatu ajaran itu sesat atau menyeleweng. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment