My Add

Sunday 25 December 2011

Malaysia-China setuju tubuh J/kuasa Kerja industri pertahanan



Ahmad Zahid Hamidi (kiri) bersama 300 penunggang motosikal berkuasa besar menunggang secara berkonvoi melalui jalan-jalan di Kuala Lumpur ke Naza Automall di Petaling Jaya, Selangor, semalam. - MINGGUAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH 


KUALA LUMPUR, AHAD, 25 Disember, 2011: Kerajaan bersetuju mewujudkan Jawatankuasa K5erja antara Malaysia dan China bagi membincangkan kerjasama dua hala khasnya dalam industri pertahanan ke peringkat tertinggi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jawatankuasa itu akan diwujudkan tahun depan setelah wakil kedua-dua negara mengadakan pertemuan pertama di sini.

Katanya, persetujuan berhubung perkara itu dicapai hasil pertemuannya dengan Naib Pengerusi Jawatakuasa Pusat Tentera China, Jeneral Guo Boxiong dan Menteri Pertahanan China, Jeneral Liang Guanglie pada 17 hingga 21 Disember lalu.

"Sebenarnya peluang pasaran dan bentuk kerjasama dengan China adalah cukup besar untuk diterokai. Apa yang paling penting di sini ialah kita mewujudkan jaringan kerjasama berdasarkan kepada pemindahan teknologi dan latihan ketenteraan khasnya dalam menjamin keselamatan rantau Asia," katanya pada sidang akhbar sebelum menyertai konvoi "Ride bersama Datuk Zahid Hamidi" di sini, semalam.

Ahmad Zahid dalam pada itu berkata, China turut bertegas untuk menolak campur tangan secara langsung dan tidak langsung oleh negara-negara ketiga yang tidak terlibat dalam tuntutan bertindih ke atas wilayah maritim Laut China Selatan.

Sebaliknya, kata beliau, China mahu isu itu diselesaikan secara rundingan membabitkan lima negara lain yang turut membuat tuntutan iaitu Vietnam, Filipina, Taiwan, Malaysia dan Brunei.

Secara prinsip, katanya, China mahu isu gugusan kepulauan Spratly diselesaikan antara negara-negara yang membuat tuntutan secara rundingan tanpa menggunakan kekuatan ketenteraan.

''Ini bagi mengelakkan daripada beberapa masalah (yang boleh timbul daripada tuntutan negara lain)," katanya

Pada masa yang sama, Ahmad Zahid memberitahu, China dan Malaysia serta 16 negara ASEAN dan Asia Pasifik dijangka mengadakan latihan bersama bagi mewujudkan persefahaman antara tentera laut negara terlibat dan mengurangkan ketegangan membabitkan negara yang membuat tuntutan bertindih.

Katanya, butiran terperinci mengenai latihan di bawah misi bantuan kemanusiaan dan bencana alam (HADR) itu akan dibincangkan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) serta negara Asia Pasifik di Kemboja tahun depan.

''China dan Vietnam telah diberikan tanggungjawab untuk menyediakan kertas kerja mengenai HADR, manakala Malaysia dan Australia dipertanggungjawabkan menyediakan 'Keselamatan Maritim'," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam perkembangan berlainan memberitahu, China telah menawarkan kepada Malaysia peluru berpandu berukuran 125 milimeter bagi kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selain itu, katanya, China turut menawarkan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) dan pesawat latihan buatan negara itu semasa pertemuan itu berlangsung.

''Namun, kita telah membuka tawaran penilaian kepada lima syarikat pembuat MRCA dan ia tidak termasuk dari China," katanya. - MM





 .




No comments:

Post a Comment