My Add

Sunday 25 December 2011

Wanita UMNO jangan amal pilih kasih

SHAHRIZAT Abdul Jalil dan Mohd. Ali Rustam (tengah) bersama ahli Pergerakan Wanita UMNO Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, semalam.

MELAKA, AHAD, 25 Disember, 2011: Pergerakan Wanita UMNO diingatkan supaya tidak mengamalkan pilih kasih dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sikap 'pilih bulu' perlu dihindari dalam usaha UMNO memenangi hati rakyat.

Katanya, setiap aktiviti itu perlu diselaraskan dengan Wanita Barisan Nasional (BN) dalam memastikan setiap hasrat rakyat dipenuhi tanpa mengira fahaman politik, kaum dan agama.

"Wanita UMNO jangan hanya mendekati masyarakat Melayu sahaja malah perlu turun padang bertemu dengan kaum lain selaras hasrat kerajaan dalam gagasan 1Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pemantapan Gerak Kerja Pilihan Raya Wanita BN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Menurut Shahrizat, Wanita UMNO sama ada di cawangan atau bahagian juga diminta menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan yang boleh disertai semua lapisan masyarakat tidak kira kaum dan agama.

"Visi kita adalah untuk mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat tidak kira latar belakang kaum dan agama kerana setiap rakyat mempunyai hak untuk mendapat perkhidmatan yang terbaik," katanya. - MM

No comments:

Post a Comment