My Add

Friday 9 December 2011

Malaysia pada kedudukan baik berdepan sekitaran mencabar

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 Disember, 2011:
MALAYSIA mempunyai ekonomi domestik yang kukuh dan dengan itu, berada pada kedudukan yang lebih baik untuk menghadapi persekitaran mencabar daripada krisis zon euro, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

“Krisis zon Euro telah menimbulkan ketidakpastian yang besar. Ia telah menghasilkan turun naik yang ketara.

“Tetapi, perkara yang ingin saya tekankan ialah, kerana pasaran kita sekarang lebih maju, institusi kewangan kita lebih kuat dan bank pusat telah membina penampan dan rizab kita sangat tinggi, kita boleh menghadapi turun naik dengan lebih baik,” kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran MobileLink bank pusat di sini hari ini.

MobileLink merupakan sebahagian daripada usaha bank dalam mempromosikan kemasukan kewangan dengan meluaskan jangkauan kepada masyarakat yang lebih luas.

“Sudah tentu, kita akan terjejas. Kami akan terjejas mungkin melalui saluran perdagangan dan melalui pasaran kewangan tetapi kita dalam kedudukan yang lebih baik.

“Ekonomi kita kini lebih pelbagai dan kita mempunyai ekonomi domestik yang kukuh,” kata beliau. - Bernama

No comments:

Post a Comment