My Add

Thursday 15 December 2011

Mangsa keracunan minuman keras di timur India naik102

KOLKATA (India), KHAMIS, 15 Disember, 2011:MANGSA yang dicemari minuman keras bertoksik di sebuah perkampungan di timur India kini meningkat sehingga 102 orang. 

Hospital berdekatan daerah 24-Parganas, 30 kilometer dari bandar Kolkata, dipenuhi pesakit miskin yang kebanyakannya bekerja sebagai buruh dan penarik beca, tidak mampu untuk membeli minuman keras berjenama.

Minuman keras jenama Bootleg digunakan secara meluas di India kerana harganya yang rendah, dan seorang penduduk tempatan di daerah West Bengal memberitahu agensi berita AFP bahawa kos seliter minuman keras berkenaan hanya 6 rupee.

"Jumlah kematian kini sudah mencecah sehingga 102 orang dan ramai lagi didapati masih kritikal," kata Majistret daerah, Narayan Swarup Nigam. - AFP

No comments:

Post a Comment