My Add

Thursday 15 December 2011

Najib terima kunjungan pegawai kanan pentadbiran Obama


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan perbincangan dengan Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, William J Burns ketika menerima kunjungan beliau di Kementerian Kewangan, hari ini. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, KHAMIS, 15 Disember, 2011: DATUK Seri Najib Razak hari ini menerima kunjungan Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, William J Burns di sini, hari ini. 

Burns berada di negara ini bagi lawatan kerja dua hari.

Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis dan Duta Besar Amerika ke Malaysia, Paul W Jones.

Terdahulu, Burns menemui Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay di Wisma Putra. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment