My Add

Monday 12 December 2011

Penembusan liputan jalur lebar nasional telah capai 81%

KUALA LUMPUR, isnin, 12 Disember, 2011:
PENEMBUSAN liputan jalur lebar talian tetap dan tanpa wayar nasional telah mencapai 81 peratus di kawasan berpenduduk, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, sehingga suku ketiga tahun ini, katanya jumlah langganan internet di seluruh negara ialah 5.59 juta dan jumlah pengguna internet pula dicatatkan kira-kira 17.5 juta orang.

"Perluasan liputan ini sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa oleh pihak pemberi perkhidmatan dan juga melalui pelaksanaan inisiatif jalur lebar oleh kerajaan.

"Antara inisiatif tersebut termasuk pembinaan menara telekomunikasi, Kampung Tanpa Wayar (KTW), Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) dan perkhidmatan jalur lebar di Perpustakaan Desa,” katanya ketika menjawab soalan Senator Chew Lee Giok mengenai jumlah langganan internet di Malaysia pada sesi soal jawab.

Mengenai harga bayaran langganan Internet di Malaysia yang dikatakan agak mahal, beliau berkata, kos jalur lebar antarabangsa yang lebih tinggi berbanding negara lain menyumbang kepada pertambahannya. – Bernama

No comments:

Post a Comment