My Add

Monday 12 December 2011

Melayu jangan lupa perjuangan nenek moyang

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 Disember, 2011:
MASYARAKAT khasnya orang Melayu diingatkan supaya tidak melupakan perjuangan nenek moyang dalam memajukan Malaysia selepas berjaya memegang jawatan tinggi dalam kerajaan mahupun pertubuhan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kemajuan yang dinikmati mereka ketika ini adalah hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan, namun ia cuba diluputkan oleh pembangkang ketika ini.

Dalam hal itu, beliau memuji masyarakat Orang Asli yang dapat menterjemahkan maksud budi itu apabila mereka terus bersama kerajaan dan BN kerana berpegang kepada prinsip bahawa sekali menjadi sahabat, sentiasa menjadi sahabat.

"Justeru itu, kita khasnya masyarakat Melayu sebagai kaum majoriti harus mengambil iktibar akan beberapa perkembangan yang berlaku di Pulau Pinang dan negeri-negeri lain yang dikuasai pembangkang dengan tidak melupakan budi perjuangan kerajaan yang cuba 'dipadamkan' oleh pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) bersama komuniti Orang Asli Gombak dekat sini, semalam.

Mengulas mengenai PMS Rais berkata, kementerian telah melaksanakan hampir 700 program membabitkan kesenian di seluruh negara. - UM

No comments:

Post a Comment