My Add

Wednesday 21 December 2011

Negeri Sembilan sumbang air minuman kepada mangsa banjir di Johor

SEREMBAN, RABU, 21 Disember, 2011: Kerajaan Negeri Sembilan dan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) hari ini menyumbangkan 10,000 botol air minuman kepada kerajaan Johor untuk diagih-agihkan kepada mangsa banjir di daerah Kluang, Johor. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata sumbangan itu diharap dapat meringankan beban mangsa banjir.

"Semasa banjir, banyak loji rawatan air yang terdapat di Johor terpaksa ditutup. Oleh itu, kita sudah mulakan satu langkah untuk membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung mangsa banjir ini di pusat pemindahan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad berkata, jika ada lagi permintaan, kerajaan negeri akan cuba penuhinya. 

Katanya, sumbangan itu adalah sebahagian daripada program khidmat sosial Sains. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment