My Add

Tuesday 20 December 2011

Pangkat ACP dicadang untuk ketua agensi polis bantuan

GEORGETOWN, SELASA, 20 DisEMBER, 2011: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mencadangkan supaya pangkat ketua agensi polis bantuan dinaik taraf kepada Asistan Komisioner Polis (ACP) berbanding Superintenden ketika ini.

Beliau berkata untuk tujuan itu, peruntukan sedia ada dalam Akta Polis perlu dipinda dan sehubungan itu beliau akan membincangkan mekanisme bagi merealisasikan cadangan itu dengan pihak Kementerian Dalam Negeri.

"Akta Polis ini memberi kuasa kepada Ketua Polis (Negara) untuk menaikkan pangkat (pegawai) agensi di bawahnya tetapi saya akan membincangkan mekanisme ini dengan Kementerian dalam negeri sebelum ia dilaksanakan,” katanya.

Ismail berkata, peruntukan sedia ada dalam akta itu hanya membenarkan ketua polis bantuan memegang pangkat superintenden (Supt), iaitu pangkat yang tertinggi dalam polis bantuan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment