My Add

Tuesday 20 December 2011

Wang ihsan banjir hanya untuk mereka yang berpindah

KUANTAN, SELASA, 20 Disember, 2011: Bantuan wang ihsan mangsa banjir hanya akan diberikan kepada mereka yang berpindah ke pusat pemindahan banjir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, ini kerana terdapat sesetengah pihak yang mengambil kesempatan membuat tuntutan palsu bagi mendapatkan wang ihsan tersebut.

"Pada tahun lepas, kita dapati ada di kalangan rakyat yang tidak terlibat banjir tetapi menyatakan mereka mangsa dan menerima wang ihsan kerana kita (kerajaan) kata yang tidak pindah pun dapat (wang ihsan).

"Tahun ini, tidak boleh lagi kerana banyak tuntutan palsu,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan wang ihsan RM500 kepada mangsa banjir di daerah Kuantan di sini, hari ini.

Mohamed Nazri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara berkata, tindakan itu juga bertujuan mengelak pembaziran duit rakyat yang sepatutnya disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Dalam pada itu, beliau berkata, bantuan wang ihsan kali ini diberikan dalam tempoh yang lebih cepat selepas kejadian banjir bagi meringankan beban mangsa.

"Kalau diberi dua atau tiga bulan selepas banjir, bantuan ini mungkin tidak begitu dirasai kerana ada perbelanjaan luar biasa seperti kos mencuci rumah yang ditanggung mangsa sejurus selepas banjir,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment