My Add

Monday, 5 December 2011

Pelantikan Mohd. Isa relevan - Ruslan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 Disember, 2011:
PERLANTIKAN Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad selaku Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dilihat amat relevan dan mempercepatkan usaha kerajaan memberi 'durian runtuh' kepada peneroka Felda.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim berkata, tindakan itu mampu memberi tekanan kepada pembangkang yang selama ini berusaha sedaya upaya untuk menggagalkan usaha Felda.

"Kita juga difahamkan bahawa ada beberapa individu dalam KPF yang sanggup berkerjasama dengan pembangkang kerana mahu menutup pekung penyelewengan mereka dalam KPF.

"Mereka ini seperti 'gunting dalam lipatan'. Jadi pelantikan Mohd. Isa diharap dapat membongkar kegiatan ini, sekali gus membanteras segala penyelewengan dan salah laku dalam KPF," kata beliau menerusi kenyataannya kepada Utusan Malaysia semalam.

Oleh yang demikian, beliau berterima kasih pengumuman yang dibuat oleh Lembaga Felda terhadap pelantikan Mohd. Isa dan ia bakal membuka lembaran baharu dalam pengurusan dan pentadbiran koperasi itu. - UM

No comments:

Post a Comment