KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 Disember, 2011:
PENEROKA Felda perlu diberikan maklumat terperinci mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGV) ke Bursa Malaysia bagi memastikan mereka tidak keliru dan percaya dengan spekulasi negatif yang ditimbulkan pelbagai pihak.
Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Tan Sri Rozali Ismail berkata, penyenaraian itu merupakan satu proses teknikal yang sukar difahami peneroka dan ketidakfahaman itu boleh menyebabkan peneroka tidak menyokong penyenaraian tersebut.
"Peneroka perlu tahu manfaat yang diperoleh mereka... seperti durian runtuh dalam bentuk apa, agih maca mana, aset Felda dan peneroka, status koperasi...
"Kita dalam Felda tidak ada masalah, yang timbulkan masalah sekarang ini pihak luar yang banyak buat spekulasi, dan ada yang cuba menangguk di air yang keroh,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka Kebangsaan (JKPP) Shamsudin Othman. Majlis itu turut menyaksikan pengabungan JKPP dan GWGF bagi membentuk Gabungan Peneroka Generasi Wawasan Felda Kebangsaan (Gempak). - BERNAMA
No comments:
Post a Comment